CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 27, 2008

Bowl n BLUSher

Hello Uols..
Baru2 ini telah diadakan pertandingan bowling eksklusif di salah sebuah pusat boling di Plaza Flamingo, Ampang. Pertandingan tersebut dianjurkan oleh salah sebuah grup yang begitu terkanal sekali dengan show2 grannye…iaitu GlittersDOt COM.Pertandingan tersebut dinamakan :

BOWL AND BLUSHER!



Melihatkan saja pada nama tersebut…anda semua mesti dapat agak kan? Konsep…peserta..situasi dan suasananya…KAN? Huhu komen dari rata2 peserta yang datang dan menyertai pertandingan tersebut ternyata mempunyai misi yang tersendiri tapi rata rata peserta yang datang goal atau misinya adalah untuk :



MENANG BEST DRESS…DI PERTANDINGAN BOWLING..BOLEYH???





over tak? hehehe

Pertandingan dimulakan kira kira pukul 1.30 Tgh. Diacarakan oleh host yang tidak asing lagi..Cik Viviana…majlis pemdaftaran diadakan dengan lancar diikuti oleh acara test bowl…erm..maaf ye…tak ingat sangat nama semua team…ader beberapa team je I ingat nama (sebab kawan2 kan!!) antaranya Luscious Red (Pondan sangat kan???!) yang dianggotai Kak Liza, Paklang Sham,Ewan dan Cik Wan , Neardy Purple (Malini,Ewan, Boolat dan Lakinya Edy) dan juge team psychedelic ( Ezie, Didie,Chap and Mark) serta beberapa lagi team penganjur yang dianggotai oleh ahli2 glittersDOtCOm yang terkemuka ittew spt Lara, Kakju,Boboy,Vee dan sbgainya



chap,didie,mark and ezie
nie geng psychedelic salah seorang penaja makanan iitew




Peserta2 sedang membuat persiapan


Dua game telah diadakan, dengan menyaksikan pelbagai ragam dan gaya yang menambahkan kepedasan rempah ratus dalam pertandingan itu antaraya, salah seorang ahli team penganjur mengambil upah abang tempat boling untuk membuat balingan demi balingan, tapi guna nama dia…boleh macam tu? Dan ada yang bergaun bagai dengan wig yang dasyat volumenya (macam rambut beyonce dalam beautiful liar je) lengkap dengan tatarias headgear.
Owh, lupa pulak nak cerita pasal opening gambit diorang, antara yang menarik ialah opening gambit team penganjur (lagi) yang memaparkan tarian yang cukup menggiurkan disertai aski2 stunt (team Lara N viviana) serta team yang satu lagi dengan gaya ala2 gimnas (Kakju nyer team). Team luscious Red menampilkan kelainan dengan opening gambit membaca ikrar (itu dikira opening gambit ke?) Serta geng budak sekolah (tatau la nama diorang) yang menampilkan aski stunt yang tak kurang hebat (tapi diorang datang lambat ah…so…lane tak cukup..dah abis sume main…baru diorang start…cian).







salah satu gimik pembacaan ikrar oleh luscious red




Sedikit Snapshot Team penganjur



Selingan Majlis adalah acara makan2 dengan makanan disediakan oleh Ezie and Auntie Kiah’s Catering (abang and Mak kawan i…Didi..sedap..nasi lemak nyer ader kat Kelana Jaya…gilah makan yer! Tapi dia ada sebelah malam je…belah pagi Cikmek jual…up and down..kadang2 sedap..kadang2 tak sedap)







Huhu dah la…bye

0 comments: